Sunday, December 20, 2009

Mesyuarat JKM 2010 Blok B

Jawatankuasa Blok B telah mengadakan mesyuarat bersama Felo di bilik persatuan. Antara felo yang hadir pada mesyuarat tersebut Dr Aminuddin B.Abu dan En Ikhwan Zaini B.Hj Awang Mat Saaid. En Mohd Najid B.Masroom tidak dapat hadir ekoran berada di luar Kuala Lumpur.

Agenda mesyuarat tersebut antaranya adalah untuk memperkenalkan barisan kepimpinan JKM blok B bersama felo-felo. Selain daripada itu, mesyuarat ini adalah mesyuarat yang pertama setelah dilantik menjadi kepimpinan JKM bagi blok B. Namun demikian, sesi perbincangan juga diadakan bagi meningkatkan lagi prestasi JKM sesi 2010/2011. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Ketua Blok B, saudara Fairuz Alhafiz. Semua AJK JKM yang terdiri daripada Biro Beusahawanan (), Biro Kerohanian (), Biro Akademik & Perantaraanbangsaan,() Biro Sukan & Kebudayaan (), Biro Multimedia & Seranta() dan Biro Akademik().


Bengkel Penulisan Proposal Aktiviti JKM 2010/11

Bengkel penulisan kertas kerja telah diadakan pada 19 December 2009 yang lalu di bilik kebudayaan. Peserta terdiri daripada Majlis Tertinggi & Biro-biro Jawatankuasa Kediaman Siswa Jaya 2010. Bengkel ini dikendalikan oleh En Ikhwan Zaini B. Hj Awang Mat Saaid selaku Pembantu Felo. Diantara agenda utama bengkel tersebut adalah untuk merangka program yang akan dianjurkan oleh JKM bagi sesi 2010/2011. Daripada bengkel tersebut, banyak perkara baru dipelajari dan cara untuk menyiapkan proposal aktiviti.

Bengkel ini bermula pada jam 10 Am sehingga 6.00 PM dan bersambung pada jam 8.00 PM bagi pembentangan tarikh sepanjang tahun 2010.

Saturday, August 8, 2009

Majlis Perasmian Marhabah 09 KSJ

oleh: Ikhwan Zaini Awang Mat Saaid

Majlis perasmian hari terbuka Kediaman Siswa Jaya yang dikenali sebagai 'Marhabah' disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor HEPA Ybhg Dato'Prof Dr Tajudin Bin Haji Ningal diperkarangan bola kerajan di blok B. Turut hadir Pengarah Kampus, Prof Dr Hamdani, Dekan Kolej Sains Teknologi, Timbalan Pendaftar HEPA,International Campus, Pn Siti Salamah, Tuan Pengetua, En Noh Muhammad Adlan Mohd Noh, Felo Kediaman Siswa Jaya, Pembantu Felo, Barisan Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar, Jawatankuasa Kediaman Siswa Jaya, (JKM) Wakil Penduduk Desa Rejang dan warga Kediaman Siswa Jaya.

Majlis tersebut diserikan lagi dengan persembahan piano oleh Mohd Fakrul Razi. Hari terbuka kolej ini merupakan acara tahun yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kediaman Siswa Jaya. Hari terbuka ini bermula pada 5 Ogos 2009 - 9 Ogos 2009.

Sama-samalah kita meraikan sambutan hari terbuka kolej ini.

Thursday, July 23, 2009

Akur Peraturan Kolej

Bermula pada semester 1 2009 / 2010,Balai Pengawal Kediaman Siswa Jaya telah diambil alih sepenuhnya oleh Pegawal Keselamatan UTM. Sehubungan dengan itu, warga KSJ hendaklah akur dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan KSJ bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan KSJ.

Justeru itu, warga KSJ haruslah akur dengan peraturan yang telah ditetapkan & bersedia dengan tindakan tatatertib sekiranya melanggari peraturan yang ditetapkan. Sila rujuk buku peraturan yang telah diedarkan. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah berhubung dengan peraturan yang sedia ada, sila berjumpa terus dengan Pengetua, Felo atau Pembantu Felo. Pihak kami tidak sesekali menolak cadangan & pandangan daripada warga KSJ. Anda juga boleh email kepada k.siswajaya@gmail.com.

Gangguan Perkhidmatan Internet KSJ

Kepada warga Kediaman Siswa Jaya, perkhidmatan internet di KSJ terganggu buat seketika waktu ekoran berlaku beberapa kerosakan. Kerja-kerja baik pulih telah giat dijalankan oleh staff CICT. Oleh yang demikian, diharapkan warga KSJ bersabar. Sekiranya anda mempunyai masalah, untuk mengakses internet, sila laporkan atau emailkan kepada pihak kami. Anda dikehendaki memberi maklumat yang lengkap, sekiranya pihak kami memerlukan tindakan yang sewajarnya.

Sekian, terima kasih.

-Admin-

Sunday, July 19, 2009

KURSUS KESELAMATAN PENCEGAHAN KEBAKARAN DAN PERTOLONGAN CEMAS

KURSUS KESELAMATAN PENCEGAHAN KEBAKARAN DAN PERTOLONGAN CEMAS

18-19 Julai 2009 (Kolej Siswa Jaya, Setapak Jaya)

Kursus Keselamatan Pecegahan Kebakaran dan Pertolongan Cemas anjuran Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Unit Keselamatan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) International Campus dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur serta St. John Ambulan telah diadakan pada 18 dan 19 Julai 2009 (Sabtu dan Ahad) bermula 8.00 pagi - 5.00 petang di Kediaman Siswa Jaya, UTM IC KL. Seramai 100 orang mahasiswa UTM bersama staff Kolej Kediaman Siswa Jaya dan Kolej Siswa Semarak menjayakan program tersebut. Felo yang turut sera dalam program ini Dr Aminuddin B Abu (Felo Blok B KSJ), Pn Raja Aida Binti Raja Shaharudin (Felo Blok A KSJ) dan En Ikhwan Zaini Bin Awang Mat Saaid (Pembantu Felo Blok B KSJ). Majlis penutup disempurnakan oleh Pn Siti Salamah, Timbalan Pendaftar HEP.



Saturday, July 18, 2009

Kemalangan Pelajar Jatuh Tingkat 4

Assalamualaikum & salam sejahtera:

Saya doakan moga semua mahasiswa berada dalam peliharaan Allah swt selalu.
Menyingkap kes kemalangan tragis pada 13 Julai lalu, banyak iktibar boleh diambil.

Pertama: sekiranya mahasiswa yg pernah melihat kelakuan yg merbahaya di laporkan kepada pihak kediaman, mungkin tindakan awal dapat diambil bagi mencegah kejadian serupa itu berlaku di sini.

Kedua: Menyampai maklumat demi kebaikan adalah merupakan sesuatu yang dituntut oleh agama. Islam menuntut agar kita sentiasa ingat-mengingati antara satu sama lain. Pepatah Melayu "Jangan jaga tepi kain orang" merupakan ungkapan yang cukup tidak menepati tuntutan Islam.

Ketiga: kawan yang baik adalah seseorang yang sentiasa menjaga kebajikan dan kesejahteraan kawannya bersandarkan kepada tuntutan Islam.

Keempat: keberanian yg ada dalam diri kita adalah satu anugerah Allah. Gunakannya pada tempatnya dan sesuai dengan masanya.

Kelima: jangan kita letakkan diri kita dalam sentiasa melakukan perkara-perkara mungkar dalam kita mencari ilmu pengetahuan. Kita tidak akan dapat keberkatan sepanjang kita menimba ilmu.

Mudah-mudahan para mahasiswa sentiasa memikul amanah yg diberi oleh Allah swt dgn menjaga diri, akhlak dan tingkah-laku sebaik-baiknya.

Wassalam.

Ayahanda.