Thursday, July 23, 2009

Akur Peraturan Kolej

Bermula pada semester 1 2009 / 2010,Balai Pengawal Kediaman Siswa Jaya telah diambil alih sepenuhnya oleh Pegawal Keselamatan UTM. Sehubungan dengan itu, warga KSJ hendaklah akur dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan KSJ bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan KSJ.

Justeru itu, warga KSJ haruslah akur dengan peraturan yang telah ditetapkan & bersedia dengan tindakan tatatertib sekiranya melanggari peraturan yang ditetapkan. Sila rujuk buku peraturan yang telah diedarkan. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah berhubung dengan peraturan yang sedia ada, sila berjumpa terus dengan Pengetua, Felo atau Pembantu Felo. Pihak kami tidak sesekali menolak cadangan & pandangan daripada warga KSJ. Anda juga boleh email kepada k.siswajaya@gmail.com.

Gangguan Perkhidmatan Internet KSJ

Kepada warga Kediaman Siswa Jaya, perkhidmatan internet di KSJ terganggu buat seketika waktu ekoran berlaku beberapa kerosakan. Kerja-kerja baik pulih telah giat dijalankan oleh staff CICT. Oleh yang demikian, diharapkan warga KSJ bersabar. Sekiranya anda mempunyai masalah, untuk mengakses internet, sila laporkan atau emailkan kepada pihak kami. Anda dikehendaki memberi maklumat yang lengkap, sekiranya pihak kami memerlukan tindakan yang sewajarnya.

Sekian, terima kasih.

-Admin-

Sunday, July 19, 2009

KURSUS KESELAMATAN PENCEGAHAN KEBAKARAN DAN PERTOLONGAN CEMAS

KURSUS KESELAMATAN PENCEGAHAN KEBAKARAN DAN PERTOLONGAN CEMAS

18-19 Julai 2009 (Kolej Siswa Jaya, Setapak Jaya)

Kursus Keselamatan Pecegahan Kebakaran dan Pertolongan Cemas anjuran Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Unit Keselamatan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) International Campus dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur serta St. John Ambulan telah diadakan pada 18 dan 19 Julai 2009 (Sabtu dan Ahad) bermula 8.00 pagi - 5.00 petang di Kediaman Siswa Jaya, UTM IC KL. Seramai 100 orang mahasiswa UTM bersama staff Kolej Kediaman Siswa Jaya dan Kolej Siswa Semarak menjayakan program tersebut. Felo yang turut sera dalam program ini Dr Aminuddin B Abu (Felo Blok B KSJ), Pn Raja Aida Binti Raja Shaharudin (Felo Blok A KSJ) dan En Ikhwan Zaini Bin Awang Mat Saaid (Pembantu Felo Blok B KSJ). Majlis penutup disempurnakan oleh Pn Siti Salamah, Timbalan Pendaftar HEP.



Saturday, July 18, 2009

Kemalangan Pelajar Jatuh Tingkat 4

Assalamualaikum & salam sejahtera:

Saya doakan moga semua mahasiswa berada dalam peliharaan Allah swt selalu.
Menyingkap kes kemalangan tragis pada 13 Julai lalu, banyak iktibar boleh diambil.

Pertama: sekiranya mahasiswa yg pernah melihat kelakuan yg merbahaya di laporkan kepada pihak kediaman, mungkin tindakan awal dapat diambil bagi mencegah kejadian serupa itu berlaku di sini.

Kedua: Menyampai maklumat demi kebaikan adalah merupakan sesuatu yang dituntut oleh agama. Islam menuntut agar kita sentiasa ingat-mengingati antara satu sama lain. Pepatah Melayu "Jangan jaga tepi kain orang" merupakan ungkapan yang cukup tidak menepati tuntutan Islam.

Ketiga: kawan yang baik adalah seseorang yang sentiasa menjaga kebajikan dan kesejahteraan kawannya bersandarkan kepada tuntutan Islam.

Keempat: keberanian yg ada dalam diri kita adalah satu anugerah Allah. Gunakannya pada tempatnya dan sesuai dengan masanya.

Kelima: jangan kita letakkan diri kita dalam sentiasa melakukan perkara-perkara mungkar dalam kita mencari ilmu pengetahuan. Kita tidak akan dapat keberkatan sepanjang kita menimba ilmu.

Mudah-mudahan para mahasiswa sentiasa memikul amanah yg diberi oleh Allah swt dgn menjaga diri, akhlak dan tingkah-laku sebaik-baiknya.

Wassalam.

Ayahanda.

Selamat Datang

Assalamualaikum wrt wbt / Salam Sejahtera,

Untuk makluman semua, ini adalah blogspot bagi Kolej Siswa Jaya,Universiti Teknologi Malaysia,International Campus, Jalan Rejang 4, Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur. Blog ini dalam proses pembinaan. Sehubungan dengan itu, sekiranya anda mempunyai cadangan berkaitan dengannya, anda boleh email kepada k.siswajaya@gmail.com.

Sekian, terima kasih.